Oleh kerana teknologi GPRS ini merupakan teknologi yang masih baru maka terdapat beberapa had dalam penggunaannya.
· Had bagi penggunaan serentak.
GPRS menghadkan penggunaan suara dan GPRS serentak di mana jika GPRS sedang digunakan, telefon suara biasa tidak dapat digunakan kerana keduanya menggunakan sumber rangkaian yang sama.
· Kelajuan berkurangan dalam dunia sebenar
Walaupun secara teorinya GPRS mampu memindahkan data pada 172.2 kbps namun ia mesti dilakukan oleh seorang pengguna menggunakan kelapan-lapan slot masa tanpa sebarang ralat. Hakikatnya sesuatu rangkaian mungkin membenarkan dua tiga pengguna serentak dengan setiap pengguna hanya menggunakan satu atau dua slot masa sahaja. Dengan ini kadar pemindahan data akan berkurangan.
· Modulasi suboptimal
GPRS adalah berasaskan kepada suatu teknik yang dikenali sebagai Gaussian minimum-shift keying (GMSK).
· Delay pengangkutan data
· Tiada storan dan forward
Berbanding engin stor dan forward dalam perkhidmatan SMS, tiada mekanisma seperti ini yang piawai bagi GPRS.
Telefon Motorola Timeport P280 yang terbaru merupakan salah satu daripada telefon bimbit yang ada menyediakan teknologi GPRS. Berdasarkan ujian servis VoiceStream Wireless iStream, ia telah mencapai keputusan yang baik. Semasa menguji kelajuan penghantaran data, satu laman web 220K telah dimuatturun dengan menggunakan P280 sebagai modem wayarles dan disambungkan kepada laptop. Ujian yang sama dilakukan menggunakan telefon CDMA serta sambungan menggunakan talian darat biasa. Hasil mendapati kelajuan memuat turun menggunakan GPRS adalah empat kali ganda CDMA dan hampir menyamai kelajuan modem 56K.
P280 ini membenarkan pengguna akses ke korporat email, berhubung dan membuat rujukan. Ia turut menyokong penggunaan Microsoft Outlook, Exchangedan Lotus Notes. Akses ke AOL mail serta AIM juga merupakan piawai bagi telefon ini. MotorolaTimeport P280 ini sesuai untuk pengembara, peniaga dan sebagainya yang memerlukan penghantaran data yang segera.